Diriwayatkan dari Abi Umamah Al-Bahili dia berkata bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda: “Apabila datang bulan Syaaban, maka bersihkanlah dirimu dan
perbaikilah niatmu didalamnya.”
Hadith
dari Usamah ra: Aku berkata; Ya Rasulullah SAW aku tidak pernah melihatmu
berpuasa satu bulan dari bulan bulan ini seperti puasa dalam bulan Syaaban.”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Usamah, itu adalah satu bulan yang kebiasaannya
manusia lengah darinya antara Rejab dan Ramadan. Syaaban adalah satu bulan yang
di dalamnya diangkat amal-amal ini kepada Tuhan seru sekalian alam, maka sebab
itu aku suka kalau amalku diangkat sedang aku dalam keadaan
puasa.”
Dikatakan
bahawa sesungguhnya malaikat-malaikat di langit memiliki dua malam hari raya,
sebagaimana orang-orang Islam di bumi memiliki dua hari raya. Hari raya bagi
para malaikat ialah pada malam Bara’ah iaitu malam nisfu Syaaban dan malam
lailatul Qadar, dan raya bagi orang-orang Islam di bumi ialah pada han raya
Aidil Fitri dan Aidil Adha.
As-Subki
dalam tafsirnya menyatakan: “Sesungguhnya malam Nisfu Syaaban itu menutup
dosa-dosa setahun, malam jumaat menutup dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar
menutupkan dosa seumur hidup.”
0 komentar:
Posting Komentar